KUBUR BESAR MANGSA IS

47A3513A00000578-0-image-a-15_1514638400754
Hampir 200 mayat yang dipercayai mangsa bunuh tentera IS berjaya dibawa keluar dari perkuburan besar di bahagian barat, pinggir Raqqa pada Sabtu dan Ahad lalu.
 
Kesemua mereka dipercayai dibunuh ketika kumpulan itu menguasai kawasan berkenaan.
 
Ketua Polis Aleppo, Mejar Jeneral Issam al Shali dalam kenyataannya kepada agensi berita SANA berkata, 44 mayat ditemui berhampiran dengan gudang gandum yang terletak 7 kilometer di tenggara Dbsi Afnan.
 
Mangsa terdiri daripada orang awam dan anggota berkuatkuasa.
 
Ia penemuan terbaru dalam tempoh dua hari.
 
Sabtu lalu, dua kubur besar dijumpai juga di pinggir bandar Raqqa.
 
Selepas digali, 115 mayat ditanam di situ.
 
Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital kerajaan di Aleppo bagi tujuan dokumentasi dan mengenalpasti identiti.
 
 

Kongsi Artikel Ini