KSR di Pusat Jagaan Kanak-kanak Matrix, Alor Gajah, Melaka

39099515_1810052955748201_3069528932207296512_o

Alhamdulilah, pihak Syria Care telah dijemput untuk mengadakan sesi perkongsian bersama anak-anak di Pusat Jagaan Kanak-kanak Matrix (PJKK Matrix), Melaka pada 9 Ogos 2018 lalu.

Semasa sesi perkongsian dijalankan, anak-anak PJKK Matrix menumpukan sepenuh perhatian terhadap isu kemanusiaan Syria. Walaupun anak-anak ini masih kecil, pihak Syria Care sangat kagum akan semangat dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka.

Anak-anak ini cakna akan nasib rakyat Syria dan ingin menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan mereka di sana.

Tahniah kepada pihak PJKK Matrix kerana menyokong penuh usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan oleh Syria Care. #SCEvent #SyriaCareSharing #KempenSatuRinggitSaya #RM1SayaUntukAwak #Tadika #SekolahRendah #SekolahMenengah #PusatJagaanKanakkanakMatrix #IniBukanKerjaMainmain

Kongsi Artikel Ini