Kempen Ramadan Al Khair 8.0 memasulki hari kedua.
Penyediaan serta agihan pek makanan asas.
Lokasi : Kem pelarian sekitar Kafar Yahmul, Syria
NGO Perlaksana: Khair Gouta
Jumlah pek makanan : 500 pek
Jumlah penerima manfaat : 2,500 orang
Pek-pek ini bukan ringan kerana ia sarat diisi dengan bahan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain. Setiap satu seberat 25 kilogram dan bernilai RM150 yang ditaja orang ramai melalui OderFood.

Kepada penderma, kami ingin memaklumkan sumbangan anda telahpun diagihkan kem-kem pelarian di sekitar Kafar Yahmul di mana sebahagian besar penghuninya berasal dari Maarat al Nu’man yang melarikan diri ke situ pada awal tahun ini.

Namun begitu lebih banyak sumbangan diperlukan kerana ramai lagi yang masih menunggu.