KRAK7: Agihan Pek Iftar: Hari 25: Tajaan Yateem TV, Thailand

64224550_2239778016109024_494046544710860800_o

KRAK7: Agihan Pek Iftar Tajaan Yateem TV, Thailand

🚩 25 Ramadan 1440H – 30 Mei 2019.

Alhamdulillah. Ramadan tahun ini Yateem TV (Thailand) sekali lagi menyumbang melalui Syria Care untuk projek tajaan iftar buat pelarian dalam negara di Syria. Inilah bukti bersaudara seakidah. Walaupun saling tidak mengenali tetapi tidak pernah melupakan saudara mereka yang ditimpa kesusahan.

Sebanyak 918 pek iftar telah diagihkan yang boleh memberi makan kepada hampir 3,000 pelarian di sana melaui agihan ini.

Menu 1: Freikha, ayam dan yogurt.
Menu 2: Nasi, kacang pis, daging kambing dan yogurt.

Lokasi agihan: Akhtarin, Ziyadiyah, Dabek, Ihtimalat, Turkman Bareh, Susanbad, Kem di Al Bab dan Qabbasin.

Terima kasih kepada Yateem TV (Thailand) atas usaha kerjasama ini. Semoga Allah memberkati segala usaha dan sumbangan ini.

NGO Pelaksana : Ulfah Relief

Kongsi Artikel Ini