KRAK7 : Agihan Pek Bahan Mentah : 4 Ramadan : Tawasso

60049515_2189295567823936_8579485597993795584_n

KRAK7: Agihan Pek Bahan Mentah:
🚩 4 Ramadan 1440H – 9 Mei 2019.

NGO Pelaksana : Tawasso

Selain menyediakan juadah iftar yang telah siap dimasak, petugas Syria Care di Latakia juga turut mengagihkan pek bahan mentah buat pelarian di sana.

Penerima pek ini adalah mereka yang tinggal jauh dari dapur kita di pergunungan tersebut iaitu di kawasan perkampungan Zai’iniyah dan Beksariyah.

Pek inilah yang akan menjadi bekalan mereka sekeluarga sepanjang Ramadan tahun ini.

Semua bahan mentah dibeli hasil sumbangan dan tajaan rakyat Malaysia melalui Pek Bahan Mentah RM150/keluarga.

Tajaan masih dibuka sehingga penghujung Ramadan. Menajalah sekarang agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya..


Salurkan tajaan ke akaun bank Syria Care:
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:
• https://syriacare.org.my/donate/
atau
• https://www.billplz.com/KRAK7

Kongsi Artikel Ini