#KRAK5-#CARE4SYRIA-Sambutan Hari Raya-Timur Ghoutah-2 Syawal 1438

IMG_9776

“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya,” (Diriwayatkan Muslim dari Jabir ra.)

Salah satunya cara agar kita bermanfaat bagi orang lain adalah dengan membahagiakan orang lain.

Dengan membahagiakan orang lain, tidak usah khuatir, maka Tuhan akan membahagiakan kita.

Sikap memuliakan kanak-kanak adalah di antara sifat yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

Dan begitulah yang cuba dipraktikkan oleh pihak Syria Care bersama rakan kerjasama kami di Timur Ghoutah iaitu NGO Eemarushaam.

Justeru satu majlis ‘Sambutan Hari Raya’ telah diadakan untuk memberi peluang anak-anak yang tinggal di dalam keadaan terkepung ini merasakan sedikit kegembiraan sepertimana kita dan anak-anak kita di Malaysia.

Gambar-gambar berikut adalah sambutan pada hari raya kedua.

Terima Kasih kepada rakyat malaysia yang telah memungkinkan perkara ini buat mereka.

Sesungguhnya apa yang anda lakukan buat mereka sangat-sangat mereka dihargai. 

[huge_it_slider id=”8″]

Kongsi Artikel Ini