#KRAK5-#CARE4SYRIA-Sambutan Hari Raya-Latakia-1 Syawal 1438

IMG-20170626-WA0007

Mereka merupakan pelarian di bumi sendiri. Dipaksa keluar dari kampung halaman mereka akibat rumah merekayang telah hancur dibom. Ahli keluarga mereka ramai yang telah syahid.Yang masih hidup mencari kehidupan baru di kawasan pergunungan Latakia.

Sepanjang ramadan, Alhamdulillah 2 buah kem di sini telah mendapat tajaan makanan iftar dan sahur yang disediakan hasil sumbangan orang ramai. Bersyukur dan berterima kasihnya mereka kepada anda semua. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Agihan di sempurnakan oleh rakan kerjasama kami di sini iaitu pihak NGO Tawasao.

Terdapat sebuah masjid di sini yang didirikan untuk kegunaan mereka hasil sumbangan rakyat Malaysia iaitu Masjid Sheikh Ali As-Sobuni yang mempunyai peranan signifikan dalam penubuhan Syria Care. Dan sempena ketibaan Syawal sedikit manisan hari raya disediakan untuk mereka. Oleh kerana kesulitan untuk menempah banner mereka hanya menggunakan banner yang sama yang digunakan sepanjang Ramadan.

“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya,” (Diriwayatkan Muslim dari Jabir ra.) Salah satunya cara agar kita bermanfaat bagi orang lain adalah dengan membahagiakan orang lain. Karena dengan membahagiakan orang lain, tidak usah khuatir, maka Tuhan akan membahagiakan kita . Terimakasih kepada rakyat malaysia yang telah memungkinkan perkara ini buat mereka. Sesungguhnya apa yang anda lakukan buat mereka sangat-sangat mereka dihargai.

 

Masjid Sheikh Ali As-Sobuni yang telah dibina oleh Syria Care dengan kerjasama rakan NGO kami di Latakia iaitu NGO Tawasao untuk pelarian yang berada di kawasan ini yang semuanya tinggal dalam khemah setelah dipaksa berpindah dari kampung halaman mereka akibat rumah mereka diserang.
Kesemua agihan manisan hari raya disusun cantik sebelum diberikan kepada penghuni kem di Latakia.
Kesemua agihan manisan hari raya disusun cantik sebelum diberikan kepada penghuni kem di Latakia.

[huge_it_slider id=”10″]

 

 

Kongsi Artikel Ini