#KRAK5-#CARE4SYRIA-Agihan Baju Raya-400 Anak Yatim Aleppo

٢٠١٧٠٦٢٤_١٨٠٤٢٢
Alhamdulillah satu majlis penyerahan baju raya bagi anak-anak yatim telah berlangsung pada 29 Ramadan 1438 bersamaan 24 jun 2017.
 
NGO pelaksana: Saam Serif Dernigi
Tempat:Pinggiran Aleppo
Jumlah penerima:400 anak-anak yatim
 
Kegembiraan jelas kelihatan di wajah-wajah mereka apabila menerima baju baru untuk digayakan pada satu Syawal.
 
Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” (at-Tirmidzi)
 
Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan Kempen Ramadan Al-Khair 5 dan membolehkan pihak kami dan rakan NGO di sana berkhidmat untuk mereka yang amat memerlukan.
 
Semoga apa yang kita lakukan untuk mereka di dunia menjadi asbab kita mendapat redha Ilahi di Akhirat kelak.
 
[huge_it_slider id=”14″]
 
 
 

Kongsi Artikel Ini