KPU-Bicara Kemanusiaan Syria Care

1

Bicara Kemanusiaan Syria Care telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Disember 2017 sempena Karnival Planet Ummah di Dataran Putra, Putrajaya.

Bicara yang menampilkan CEO Syria Care sendiri iaitu Ustazah Sakinah, Khai Bahar dan Prof. Madya Ustaz Mohd Noor serta dihoskan oleh PU Azhar Hilmi mendapat sambutan yang cukup meriah daripada pengunjung karnival dan peminat setia Syria Care dan Khai Bahar sendiri.

Perkongsian mengenai pengalaman Ustazah Sakinah dan Khai Bahar ketika menyertai Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care mendekati anak-anak yatim dan para ulama’ Syria yang menumpang teduh di bumi Istanbul.

Tidak lupa juga kupasan menarik daripada Prof. Madya Us. Mohd Noor berkaitan masyarakat dan kemanusiaan.

Terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan Bicara Kemanusiaan Syria Care di Karnival Planet Ummah.

Semoga isu kemanusiaan Syria ini mendapat perhatian daripada banyak pihak selepas ini.

#SCNews

[huge_it_slider id=”88″]

 

 

 

 

 

 

Kongsi Artikel Ini