Kontena ‘Warm Their Winter’ Selamat Tiba Di Syria

warmtheirwinter

AAlhamdulillah, pakaian musim sejuk yang dikumpulkan melalui Projek ‘Warm Their Winter’ telah selamat tiba di Syria!

Lihatlah usaha yang kita lakukan bersama dalam melaksanakan amanah kemanusiaan. Sebak pula admin melihat bendera Malaysia, logo Syria Care dan rakan kerjasama pada lori yang membawa muatan kontena berisi kotak-kotak pakaian musim sejuk yang kita usahakan bersama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ini. InsyaAllah, agihan bantuan akan berlangsung tidak lama lagi.

Teruskan usaha anda bagi menghangatkan musim sejuk pelarian Syria kerana mereka masih memerlukan bantuan dari orang ramai untuk menghadapi musim sejuk kali ini.

Kutipan dana bagi bahan bakar yang diterima sangat mebimbangkan. Kita perlu melakukan lebih lagi bagi membantu mereka mengharungi cuaca sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku.

Kongsi Artikel Ini