KENYATAAN MEDIA SYRIA CARE MENGENAI KARIM

new
Wakil Syria Care di dalam Syria telah pun menziarahi keluarga Karim, kanak-kanak malang yang hilang sebelah mata dan tengkoraknya pecah serta menjadi yatim akibat serangan tentera regim Presiden Bashar al Assad di Timur Ghoutah.
 
Pemantauan mengenai mangsa juga dibuat dari masa ke semasa bagi mengetahui perkembangan lanjut dan keperluannya.
 
Ingin ditekankan di sini, bahawa Karim adalah sebahagian daripada kanak-kanak di kawasan berkenaan yang memerlukan bantuan segera kerana keadaan di sana amat kritikal berikutan kepungan lebih empat tahun lalu oleh tentera Syria dan sekutunya, Rusia.
 
Bagi makluman rakyat Malaysia, sebenarnya terdapat kes yang lebih teruk daripada Karim atau senasib dengannya tetapi tidak mendapat liputan berita.
 
Dianggarkan lebih 400,000 penduduknya berada dalam keadaan kebuluran dan ia diburukkan lagi dengan musim sejuk yang ada kalanya jatuh sehingga 1 Selsius.
 
Berikutan situasi yang semakin meruncing, Syria Care memohon sumbangan bagi boleh membolehkan lebih banyak bantuan dihantar ke sana.
 
Sumbangan boleh disalur ke akaun bank Syria Care:
1. CIMB Islamic : 8601 89 4560
2. Maybank Islamic : 5621 0665 3575
3. RHB Islamic : 2622 5000 021775
4. Affin Islamic : 1059 9004 0004
 
Pengerusi Syria Care
Siti Sakinah Meor Omar Baki
 
 
 

Kongsi Artikel Ini