Kempen Satu Ringgit : KAFA Al-Azra

WhatsApp Image 2019-07-19 at 12.16.33 PM

Si Cilik Kunjungi Syria Care

Pada 18 Julai 2019 para pelajar dari Sekolah KAFA Al-Azra telah melakukan lawatan ke pejabat rasmi Syria Care. Kehadiran mereka adalah bertujuan bagi menjayakan program Kempen Satu Ringgit Saya Untuk Awak yang sedang giat digerakkan oleh Syria Care.

Kempen ini bermatlamat membentuk generasi muda untuk peka terhadap masalah kemanusiaan selain menerapkan nilai-nilai murni suka membantu orang lain. Bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah daripada rebungnya” .

Alhamdulillah seramai 88 orang pelajar telah bersama 5 orang guru pengiring telah menjayakan kempen yang berlangsung pada hari semalam. Lawatan para pelajar ini dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Sesi pagi seramai telah melibatkan 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1 dan 3. Makala pada sesi sebelah petang pula terdiri daripada pelajar tahun 2,4 dan 6 seramai 38 orang.

Perkongsian telah disampaikan oleh Cik Nurul Atiqah dan Cik Marieyam Waerzana. Mereka telah berkongsi mengenai penderitaan yang berlaku ke atas mangsa pelarian di Syria dan juga tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka di sana. Sejurus selepas program para pelajar telah dapat memahami serba sedikit mengenai situasi semasa yang berada di Syria dan telah memberikan sumbangan untuk diberikan bagi membantu sahabat-sahabat sebaya mereka yang sedang ditimpa musibah.

Kongsi Artikel Ini