Kempen Satu Ringgit di Tadika Little Caliph, Senawang

21

Syria Care melancarkan Kempen Satu Ringgit ‘Saya Untuk Awak’ bersama anak-anak comel dari Tadika Generasi Quran-Little Caliph, Pusat Bandar Senawang, Negeri Sembilan.

Sesi perkongsian dan soal jawab wakil Syria Care dan anak-anak ini berkisarkan isu-isu kemanusiaan di Syria.

Kempen Satu Ringgit ‘Saya Untuk Awak ‘ ini khusus buat anak-anak di peringkat sekolah, samada dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun peringkat kolej.

Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak ini bahawa terdapat lebih ramai rakan sebaya dengan mereka kurang bernasib baik di Syria yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua.

Siapa kata anak kecil ini tidak boleh membantu? Walau RM1, ia tetap memberi impak kepada saudara kita di Syria.

#BeritaSC

[huge_it_slider id=”59″]

 

 

Kongsi Artikel Ini