Sempena musim sejuk dan salji yang melanda negara Islam Syria, pihak NGO PERSIDAM dan Syria Care telah melancarkan sebuah kempen bagi membantu mereka iaitu Kempen Pakaianku Mendahuluiku ke Syurga. Kempen ini telah mendapat sambutan dan sokongan padu dari seluruh pelusuk negeri didalam Malaysia.
Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma-penderma yang budiman. InsyaAllah selagi adanya sokongan dari umat Islam , selagi itulah kami akan teruskan kempen-kempen dan usaha-usaha bagi membantu umat Islam di Syria.