Kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 – Kontena Dari Malaysia.

74610087_1004785693193683_7203253509418909696_o

Pada 4 November lalu 2 buah kontena yang berisi pakaian yang didermakan oleh rakyat Malaysia telah selamat sampai ke Syria.

Pakaian-poakaian tersebut telah disumbangkan melalui projek Warm their winter yang dilancarkan dari 31 Ogos sehinggga 2 September lalu.

Kontena ini berisi 24 bundle, 522 kotak jeket,145 kotak selimut,73 kotak seluar panjang, 107 kotak kemeja beserta 21 kotak alat tulis yang disumbangkan khas oleh para pelajar Brainy Bunch International International Islamic Montessori School di Cyber Jaya.

Alhamdulillah buat masa sekarang,kesemua kotak-kotak ini telah dipunggah dan ditempatkan ke dalam sebuah gudang dan bakal diaguhkan kepada para pelarian di utara Syria.

Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada semua orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak bagi pelaksanaan projek ini.

Teruskan menyokong usaha-usaha kemanusiaan Syria Care.
Semoga sumbangan yang anda hulurkan menjadi saham besar di akhirat kelak.

SYRIA CARE
🏧 Maybank Islamic: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
🏧 Affin Islamic: 105990040004
Ref: InfaqJumaat

🔗 https://syriacare.org.my/donate/

Hubungi Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820 untuk sebarang pertanyaan.

#infaqjumaat #ikhlas50 #bantuanmusimsejuk7 #syriacareforhumanity

Kongsi Artikel Ini