KELUAR JUGA AKHIRNYA…

syria-explainer---fb

Kumpulan anti kerajaan Jaish al Islam yang cuba mempertahan Douma dari jatuh ke tangan kerajaan Bashar al Assad, terpaksa berundur keluar dari bandar itu.

Kumpulan pertama diangkut keluar pada lewat Isnin dan mereka dibawa dengan bas menuju ke Jarablus, bukannya ke Idlib.

“12 buah bas membawa 629 kumpulan anti kerajaan dan keluarga mereka meninggalkan Douma sebagai persediaan dipindahkan ke Jarablus,” kata agensi berita milik kerajaan, SANA.

Menurut wartawan di lapangan, sepanjang proses perpindahan dibuat, kedua-dua pihak, sama ada tentera regim Bashar dan dan konco-konconya atau kumpulan penentang dilarang meninggalkan Douma.

Proses yang sedang berjalan itu turut disahkan Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).

Namun begitu , ia melaporkan bahawa kumpulan teratas dalam kepimpinan Jaish al Islam tetap bertegas untuk terus kekal di Douma.

“Terdapat usaha untuk memujuk pemimpin kanan Jaish al Islam supaya tidak mengganggu perjanjian dengan Rusia,” kata orang kanan SOHR, Remi Abdel Rahman.

Setakat ini tiada sebarang maklum balas daripada Jaish al Islam berhubung proses berkenaan.

Kali terakhir kenyataan diberikan pada Ahad lalu.

Dalam rakaman video yang dimuatnaik salah seorang pemimpinnya menyeru anggota Jaish al Islam mempertahankan Douma.

“Kami akan berada di bandar ini dan tidak akan keluar. Sesiapa yang ingin keluar boleh keluar,” kata Essam al Buidani, seperti dilapor TRT World.

Menurut SOHR, dianggarkan terdapat lebih 10,000 anggota pejuang Jaish al Islam di Douma.

Kongsi Artikel Ini