“Kalau saya bagi baju sejuk ni sampai ke untuk pelarian Syria?”

travelog misi 16 1

“Kalau saya bagi baju sejuk ni sampai ke untuk pelarian Syria?”

Bukan sekali Omma dan tim terima soalan sebegini dari orang ramai. Ialah, kadang kala sukar nak percaya bagaimana pakaian yang diserahkan di Shah Alam, Malaysia boleh sampai kepada penerima yang tinggal beribu-ribu km jaraknya dari kita.

Pada Omma, biarlah gambar-gambar ini berbicara. Bagaimana usaha yang digembelingkan pada Oktober 2023 yang lalu telah melalui perjalanan lebih 9,634 km untuk sampai ke Tripoli, Lubnan.

Satu kontena diagihkan di situ manakala satu lagi kontena merentasi perjalanan sejauh 3,145 km untuk sampai ke Arsal. Bukan satu perjalanan yang dekat. Malah mengambil masa lebih sebulan untuk sampai.

Pada Omma, Omma rasa sangat bersyukur kerana Omma dan tim dapat melaksanakan amanah orang ramai. Tentu tidak mudah untuk menyerahkan pakaian milik peribadi kepada insan-insan yang tidak dikenali apatah lagi yang belum tentu mereka dapat lihat menerima.

Tapi keyakinan dan kepercayaan yang telah diberi kami cuba tunaikan sebaik mungkin kerana ini bukan sekadar amanah manusia malah yang lebih utama amanah di hadapan Rabbul Alamin.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki a.k.a Omma Sakinah
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 16.0
Khamis, 25 Januari 2024
Arsal, Lubnan

Pautan agihan ‘Warm Their Winter’ di Sekolah SB Overseas, Beirut, Lubnan: https://www.facebook.com/SyriaCareMalaysia/posts/pfbid026yvodreYSoC1JCbFpdxKJdKVmJjGKPM3G9bCt9KQdcegwxsTgsevy9H71uqQi5bhl

#travelogmisi #travelogmisikemanusiaansyriacare #iamahumanitarianworker #misikemanusiaansyriacare16 #syriacare #winteraid #warmtheirwinter #winter #bumisyam #syria

Kongsi Artikel Ini