JERANGKAP SAMAR ANCAM PENDUDUK AFRIN

WhatsApp Image 2018-03-29 at 10.55.26

Sekurang-kurangnya tiga sekeluarga maut selepas terkena jerangkap samar yang ditanam di rumah mereka di Afrin.
Letupan turut mencederakan beberapa yang lain.

Menurut agensi berita Anadolu, kejadian di kampung Shamanli, daerah Sherin berlaku apabila mangsa pulang ke kediaman, selepas kawasan berkenaan dibebaskan dari cengkaman pengganas YPG/PKK.

Ia kejadian kedua dalam masa seminggu.
Isnin lalu, seorang wanita menemui ajal dengan cara yang sama di bandar Afrin selepas terpijak jerangkap samar yang ditanam dalam rumahnya.

Selepas bandar berkenaan dibebaskan cengkaman pengganas 18 Mac lalu, tentera Turki dan sekutunya, Free Syrian Army (FSA) berusaha keras membersihkan kawasan yang ditawan mereka dari ancaman periuk api.

Sejak 2012, wilayah Afrin telah menjadi kubu kuat YPG/PKK sehinggalah ia ditawan dan pengganas berjaya diusir keluar dari situ dua minggu lepas.

Kongsi Artikel Ini