JELAJAH KEMANUSIAAN IPT @ USIM

a (18)
Penganjuran Jelajah Kemanusiaan IPT @ USIM berlangsung pada 26 November 2018. Program ini adalah anjuran Syria Care dengan kerjasama dari pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan yang juga merupakan penganjur lokasi sempena Pesta Konvokesyen USIM 2018.
 
Objektif utama program ini secara keseluruhannya untuk memberi kesedaran dan memupuk serta menarik minat para siswa dan siswi untuk menyertai serta menyokong kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan oleh Pihak Syria Care.
 
Sebagai pengisian kepada program ini, Forum Bicara Kemanusiaan telah diadakan bagi memberi pencerahan yang lebih jelas tentang isu sebenar yang sedang menimpa rakyat Syria pada abad ini serta kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan oleh Syria Care sendiri. Forum ini dimulai oleh Pengurus Kanan Syria Care, Pn. Nurdieana Mohd Mardzi yang telah mengupas isu-isu yang terjadi di Syria. Ditambah lagi dengan input yang memberi motivasi bersama Prof Dr Mohd Nor yang menekan tentang kepentingan nilai kemanusiaan secara keseluruhannya.
 
Program Jelajah Kemanusiaan IPT @ USIM ini telah diakhiri dengan persembahan dari Saudara Khai Bahar, Ikon Syria Care yang mana sebelum itu telah bersama membicarakan tentang isu kemanusiaan serta menceritakan sendiri pengalamannya menziarahi pelarian Syria di Istanbul.
 
Ini merupakan program yang ke-6 yang dianjurkan oleh Syria Care dan akan diteruskan pada tahun akan datang. Pasukan JKIPT harap dapat bekerjasama dengan universiti-universiti lain pada masa akan datang.
[huge_it_slider id=”486″]

Kongsi Artikel Ini