JANGAN LUPA SAHABAT DI SYRIA-PU AZHAR HILMI

UW3A8551

Seramai 800 orang Pelajar Sekolah Kebangsaan Setapak Indah (SKSI) mendengar taklimat kemanusiaan yang disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU), Azhar Hilmi melalui penganjuran Kempen Satu Ringgit (KSR) yang diadakan di dewan sekolah pada 27 April 2018.

Katanya, walaupun Malaysia tidak berperang sepertimana Syria itu bukan bermakna kita boleh alpa dan lupa terhadap musibah yang menimpa sahabat di sana yang ketika ini sedang ditimpa bencana kemanusiaan serta menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa orang pelajar tidak dapat menahan air matanya selepas menonton tayangan video montaj yang disediakan oleh petugas Syria Care.

Kempen ini merupakan usaha Syria Care untuk menyebarkan isu kemanusiaan di Syria dalam kalangan pelajar sekolah agar mereka lebih cakna terhadap nasib malang yang menimpa kanak-kanak Syria.

Syria Care amat mengalu-alukan jemputan dari sekolah untuk menjayakan KSR dan boleh menghubuni Cik Zana di talian +601111362567 untuk maklumat lanjut.

#kempensaturinggit #saturinggitsayauntukawak #syriacaremedia

[huge_it_slider id=”168″]

 

 

Kongsi Artikel Ini