Isu Syria: Mana anak-anakku?

WhatsApp Image 2019-11-07 at 10.18.37 AM

Segalanya bermula ketika Bashirul Shikder mengerjakan umrah pada Mac 2015.

Ketika ketiadaannya di rumah, isterinya, Rashida Sumaiya mengambil peluang untuk melarikan diri bersama dua anak ke Syria, selepas terpengaruh dengan ideologi IS.

Si abang Yusuf ketika itu berusia empat tahun manakala Zahra berumur empat bulan.

Sepanjang tempoh berkenaan, Bashirul, 38 tahun yang berasal dari Bangladesh yang memegang status penduduk tetap Amerika Syarikat tidak pernah berhenti berusaha untuk menjejaki dan bertemu kembali dengan anak-anaknya.

Dia mengaku meskipun ditinggalkan terkontang-kanting seorang diri, Rashida masih masih menghubungi dengan menghantar mesej serta gambar anak-anak dari bekas kubu kuat IS, Raqqa.

Ketika itu hubungan suami dengan isteri masih terjalin, namun keenggannya memenuhi kehendak supaya menyertai kumpulan pengganas itu menyebabkan dia “dicerai” pada 2016 dan kemudian mengahwini anggota IS serta mendapat seorang anak perempuan.

“Lelaki itu terbunuh sebulan selepas berkahwin,” kata Bashirul kepada CNN.

Hayat bekas isterinya juga tidak lama. Selepas kematian suami, jandanya dilaporkan terkorban dalam serangan udara pada Disember 2018.

Menurutya, berita itu diterima daripada saudara perempuan Rashida yang turut berada di sana.
Demi anak-anak, dia nekad memasuki kawasan Raqqa termasuk di kem Al Hol semata-mata untuk mencari Yusuf, Zahra serta anak tirinya.

Namun, Bashirul pulang dengan hampa.

Apa yang dia tahu, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan telah dipelihara oleh seorang wanita yang menyokong IS dan kini berada Idlib.

Satu sumber lain mendakwa kesemua mereka berada di sebuah kem berhampiran kawasan sempadan tiga segi, Syria-Iraq dan Turki.

Bashirul gagal menjejaki anak sendiri, namun atas usahanya, dia berjaya menemukan seorang kanak-kanak dengan datuknya di Amerika Syarikat.

“Ketika mencari anak-anak sendiri pada musim panas lalu di kem pelarian Al Hol yang menempatkan 70,000 pelarian dari kawasan yang dulunya dikuasai IS, saya menemui kanak-kanak lelaki warga Amerika Syarikat berusia tiga tahun.

“Saya melihat dia seperti anak sendiri. Anakku, Yusuf dan Zahra”, katanya dalam nada penuh emosi kepada CNN.

Sebaik menemui kanak-kanak berkenaan, dia segera memaklumkan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan mengesan keluarganya.

“Kalau tidak kerana Bashirul, kami tidak dapat berjumpa cucu kami.

“Kami amat amat berterima kasih kepadanya,” kata datuk kanak-kanak itu yang dirahsiakan identitinya.

Meskipun usahanya masih tidak membuahkan hasil, Bashirul tidak pernah putus asa dan melakukan apa juga cara untuk mendapat semula anak-anaknya yang menjadi mangsa keadaan.
Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, 13 kanak-kanak warga negara itu telah berjaya dibawa keluar dari Syria dan telahpun kembali ke tanah air.

Apa yang dilalui Yusuf dan Zahra hanya secebis kisah nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa akibat mereka yang terpengaruh dengan ideolagi radikal IS.

Selain gagal dikesan ramai lagi yang terkandas. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali.

Tulisan ini telah diterjemah dan diolah dari artikel asal yang disiarkan CNN, “ A US father fears for his young children trapped in Syria”. /Foto CNN.

Razali Awang
Media Syria Care

Caption foto: Rashida Sumaiya membawa lari dua anak mereka ke Syria ketika Bashirul mengerjakan ibadat umrah pada 2015.

Caption Story: Bashirul “dicerai” isterinya pada 2016 kerana enggan ke Syria dan menyertai IS.

Kongsi Artikel Ini