Interaksi Skype Syria Care

23737618_1505369436216556_2529336883466653641_o

Aplikasi Skype memudahkan interaksi Syria Care di Malaysia bersama rakan kerjasamanya di dalam Syria. Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Omar bersama Pengurus Tajaan Anak Yatim, Rohaya Ngah mengadakan mesyuarat membincangkan tentang penajaan anak yatim yang berada di Syria sebentar tadi di pejabat Syria Care yang terletak di Shah Alam.

Perbincangan tersebut turut disertai Dr. Husam Sarakbi yang ketika ini berada di Istanbul, Turki serta wakil NGO Ulfah Human Relief, Sheikh Syahir Syaib dan Abu Qusai yang berpengkalan di Selatan Damsyik.

Setakat ini terdapat 1,500 orang anak yatim di kawasan ini dan 20% dari jumlah tersebut ditaja oleh rakyat Malaysia melalui Syria Care.

Walaubagaimanapun, seramai 213 nama anak yatim di Syria yang telah diterima masih lagi menunggu tajaan dari rakyat Malaysia.

Tujuan utama program tajaan anak yatim diadakan adalah untuk menyantuni kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa untuk mereka meneruskan kehidupan dengan menimba ilmu serta segala kos untuk pemulihan mental dan fizikal disebabkan terlibat dalam peperangan.

Bagi yang berminat untuk membiayai anak-anak yatim Syria bolehlah menghubungi Puan Rohaya di talian: +6011 2100 4807 

#SCNews 

Kongsi Artikel Ini