Ibumu sangat kuat Kauthar..

160242333_1411360779202837_1365162600149277923_n

Anak kecil berumur 4 tahun ini kehilangan ayah sejak dalam kandungan ibunya lagi.

Ya,dia menjadi yatim sebelum dilahirkan.

Dunianya tidak sama dengan adik beradik lain, yang sempat ditatap dan menatap ayah kandung.

Walaupun kehilangan orang yang disayang, dia melalui zaman kanak-kanak penuh dengan fantasi.

Si ibu cuba mengelak untuk bercerita tentang suaminya yang telah tiada tetapi bersedia membuka kisah apabila anak-anak yang ditinggalkan memahami keadaan.

Ketika ini yang menjadi keutamaan mencari kekuatan untuk membesarkan anak-anak.

Sebolehnya dia enggan bergantung dengan orang lain, biar berdikari bersama zuriat yang ada.

Namun, hidup sebagai ibu tunggal di negara orang bukan mudah.

Amanah ini terpaksa digalas dan dengan usaha yang ada, disusuli dengan tawakal dia tidak putus-putus berdoa semoga laluan hidupnya sekeluarga dipermudahkanNya.

Ibumu sangat kuat Kauthar..

Allah kau pelihara keluarga ini 😭

Hafizah,
Petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0
Turki

#misikemanusiaansyriacare
#misi12
#inibukankerjamainmain
#upliftingsoulandhumanity

Kongsi Artikel Ini