HOSPITAL TERAKHIR DI IDLIB DIBOM

MSF143428

Semua hospital di wilayah Idlib telah musnah dibom tentera regim dan sekutunya dalam operasi besar-besaran Damsyik untuk menawan wilayah yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan.

Hospital di Kafr Nabil, yang dilengkapi dengan Unit Rawatan Rapi (ICU), yang menjadi pusat kemudahan terakhir berfungsi di situ, telah dibom pesawat Rusia. dengan dibantu tentera udara Bashar al Assad.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Britain, Hand In Hand for Syria mengesahkan perkara berkenaan kepada akhbar atas talian Midle East Eye (MEE).

Ia mendakwa empat serangan udara telah dibuat dengan mensasarkan premis berkenaan.

Selain, ICU, ia turut memusnahkan semua kemudahan perubatan lain termasuk wad kardiologi dan pusat kanser.

Hospital berkenaan juga menjadi satu-satunya, pusat rawatan yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan akibat serangan senjata kimia.

Dalam serangan pada Isnin, ia tidak membabitkan korban jiwa kerana pihak pengurusan telah bertindak mengosongkan bangunan selepas menerima maklumat ia menjadi sasaran serangan.

Ahad lalu, hospital di Maaratul Nu’man telah musnah teruk kerana dibom pesawat Rusia dan tentera regim.

Kongsi Artikel Ini