HI TEA AMAL IKHLAS DARI HATI

78613664_1032347493770836_8352755988129906688_o

Pada hari Sabtu yang lalu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) dengan kerjasama Syria Care julung kalinya telah menganjurkan Hi-Tea Amal ‘Ikhlas Dari Hati’ yang berlangsung di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis ini telah diisi dengan perkongsian daripada Puan Nurdieana Mohd Mardzi selaku Pengurus Besar Syria Care, Ustazah Hazlina Abd Razak sebagai wakil AJK PEKWANIS, pendakwah selebriti terkenal Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat dan Dr. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang merupakan Dekan UIAM Pagoh. Majlis yang berlangsung selama 4 jam ini juga diserikan dengan persembahan artis seperti Aris Ariwatan, Adik Ieman Thaqeef serta Zul Handy Black dan As Salam Busker.

Seiringan dengan kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 yang sedang dijalankan oleh pihak Syria Care sekarang, majlis amal ini diadakan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada pelarian Syria yang sedang menghadapi musim sejuk di sana. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk keperluan-keperluan asas musim sejuk seperti pek makanan dan alat pemanas.

Alhamdulillah, melalui hi-tea amal ini, PEKAWANIS telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM104,150.00 dan telah disalurkan sepenuhnya ke tabung kemanusiaan Syria Care. Majlis ini secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada penduduk setempat terutamanya di kawasan Selangor tentang isu-isu semasa yang berlaku di Syria.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua warga kerja Hi-Tea amal ini atas kelancaran majlis dan kejayaan kutipan sumbangan yang sangat luar biasa.

Pihak Syria Care amat terharu dan berbesar hati atas sokongan padu yang diberikan oleh pihak PEKWANIS sepanjang pengurusan penyediaan program sehinggalah ke akhir program. Semoga pada masa akan datang, lebih banyak kerjasama dapat dijalankan dengan pihak PEKAWANIS agar lebih ramai dapat turut sama menyokong dan membantu usaha kemanusiaan ini.

#upliftingsoulandhumanity #ikhlasdarihati #tabungkemanusiaansyriacare #SyriaCarexPekawanis

Kongsi Artikel Ini