HELAH AS UNTUK SERANG SYRIA-RUSIA

WhatsApp Image 2018-03-14 at 11.35.16

Rusia mendakwa ia mempunyai maklumat Amerika Syarikat bercadang untuk mengebom bangunan kerajaan regim Bashar al Assad di Damsyik dengan menggunakan tipu helah.

Ketua Panglima Tentera Rusia, Jeneral Valery Gerasimov berkata, Washington akan bersekongkol dengan kumpulan penentang untuk mensabotaj serangan senjata kimia ke atas orang awam di Timur Ghoutah.

Tentera kerajaan kemudian dipalit dengan tuduhan itu.

Pentagon jelasnya akan menggunakan insiden serangan sebagai alasan untuk bertindak balas.

Kata Gerasimov, Amerika Syarikat akan bertindak menyerang bangunan kerajaan yang turut menempatkan penasihat ketenteraan Moscow, polis tentera dan pasukan pemantau gencatan senjata Rusia.

“Sekiranya ada ancaman terhadap nyawa kakitangan kita, tentera Rusia akan membalas bagi menghadapi serangan yang dilancarkan,” tegasnya dalam kenyataan.

Terdahulu Kremlin menuduh kumpulan penentang sedang bersiap sedia untuk menggunakan gas toksid di Timur Ghoutah dan akan melancarkan serangan ke atas orang awam dan mengaitkan ia sebagai perbuatan regim.

Sebelum ini, Damsyik menyangkal keras tuduhan Barat, ia menggunakan senjata kimia ke atas orang awam.

Isnin lalu, Duta Amerika Syarikat ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley memberi amaran bahawa Washington akan bertindak jika perlu sekiranya badan dunia itu gagal bertindak ke atas Syria.

 

Kongsi Artikel Ini