Program ‘Give for Good by Perwakilan Ankara’ dengan kolaborasi bersama Syria Care

Perwakilan
Seramai 12 buah keluarga rakyat Syria yang menjadi mangsa gempa bumi di Türkiye pada Februari lalu telah menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung akibat bencana tersebut.
 
Sumbangan wang tunai telah disampaikan menerusi program ‘Give for Good by Perwakilan Ankara’ dengan kolaborasi bersama Syria Care.
 
Majlis tersebut dihadiri semua ahli Perwakilan Ankara yang diketuai oleh Pengerusi, Puan Nor Inani Mohd Aziz dan diserikan dengan kehadiran Mr. Maher Al Ajroudy dan Dr. Tawfik Azrak yang mewakili Syria Care.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak Perwakilan Ankara di atas kerjasama dalam menjayakan majlis dan program ini.

Kongsi Artikel Ini