GENCATAN SENJATA: RUSIA MAIN WAYANG

WhatsApp Image 2018-02-27 at 12.59.52
Rusia cuba berdalih berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia oleh regim Bashar al Assad ke atas orang awam.
 
Menteri Luarnya, Sergei Lavrov mengaitkan tuduhan itu sebagai sabotaj oleh pihak tertentu yang cuba menggagalkan gencatan senjata di Syria.
 
“Terdapat maklumat palsu mengenai tuduhan penggunaan senjata kimia di Syria,” dakwanya dalam kenyataan pada sidang akhbar di Moscow pada Isnin.
 
Ia merujuk kepada laporan media massa berhubung serangan gas klorin di Timur Ghoutah, sehari sebelumnya.
 
Katanya, dakwaan berkenaan telah dibuat oleh individu tidak dikenali yang tinggal di Amerika Syarikat.
 
Menteri Luar Rusia itu sebagaimana dilapor Al Masdar News, menekankan bahawa Washington akan melakukan percubaan dengan niat untuk memburuk-burukkan tentera kerajaan dan mewujudkan negara yang tidak stabil dalam usaha memecah belah Syria.
 
Kenyataan itu kemudian diperjelaskan lagi oleh timbalannya, Sergey Ryabkov yang memberi amaran wujudnya ancaman ketenteraan terhadap Damsyik termasuk dari Amerika Syarikat.
 
Beliau berkata, perbuatan itu sama sekali bercanggah dengan Resolusi 2401 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
 

Kongsi Artikel Ini