GENCATAN SENJATA : BASHAR KAKI TEMBERANG

SYRIAN-BOY-MOURS-RELATIVE
Gencatan senjata yang diumumkan regim Presiden Bashar al Assad di Timur Ghoutah pada Rabu tidak membawa sebarang makna kerana terus menjadi sasaran serangan.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Rights -SOHR, beberapa kawasan seperti Douma dan Arbin yang terletak dalam kawasan itu telah dicabuli dengan serangan meriam.
 
Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan maut.
 
Di Mesraba dan Ain Tarma pula, pencabulan yang sama menyebabkan kerosakan teruk.
Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan.
 
Serangan itu dibuat selepas Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-PBB, Staffan de Mistura membuat pengumuman pada Selasa bahawa kerajaan Syria bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata.
 
Timur Ghoutah yang terletak 16 kilometer dari Damsyik diserang tanpa henti dan bertubi-tubi sejak 14 November lalu.
 
Angka rasmi yang dikeluarkan SOHR yang berpengkalan di United Kingdom mengesahkan lebih 130 maut sepanjang tempoh berkenaan dan mencederakan ratusan yang lain.
 
Meskipun telah dikepung sejak lebih empat tahun lalu, ia masih dikuasai dan menjadi kubu kuat kumpulan penentang Bashar.
 
Dalam rancangannya menguasai sepenuhnya Timur Ghoutah, regim telah mengetatkan sekatan dan kepungan sejak April lalu sehingga menyebabkan hampir setengah juta penduduknya kebuluran.
 
#SCNews

Kongsi Artikel Ini