FORUM PENGHAYATAN KEMANUSIAAN SYRIA & PALESTIN UTHM

IMG_0412
FORUM PENGHAYATAN KEMANUSIAAN SYRIA & PALESTIN
 
Sempena Festival Konvokesyen UTHM 2018, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengadakan program kesedaran tentang kemanusiaan. Syria & Palestin telah menjadi perhatian perbincangan di dalam forum ini.
 
Program yang bermula tepat jam 9.45 malam ini dimulakan dengan forum “Penghayatan Insan dan Kemanusiaan Syria & Palestin” yang menampilkan lima orang ahli panel daripada agensi yang berbeza.
 
Antaranya, Ustaz Rizal Ali wakil Syria Care, Ustaz Awang wakil Aman Palestin, Imam Masjid UTHM iaitu Ustaz Sharir serta selebriti popular tanah air Ella bersama suaminya.
 
Seusai forum, program diteruskan lagi dengan konsert amal daripada Ratu Rock Malaya tersebut.
 
Forum dan konsert ini turut dihadiri Timbalan Naib Canselor UTHM dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada ratusan hadirin yang terdiri daripada mahasiswa UTHM dan juga orang ramai dari sekitar Batu Pahat turut memeriahkan program pada malam itu.
 
Program berakhir pada jam 11.30 malam.
 
[huge_it_slider id=”453″]

Kongsi Artikel Ini