FORUM BICARA HALAL

DSC02918

1 Nov 2018, Khamis –
Gabungan antara pelbagai generasi berjaya menarik lebih kurang 3,000 orang untuk datang mendengar Forum Bicara Halal yang bertajuk Indahnya Halal dalam Kehidupan. Panelis untuk forum ini adalah Prof. Madya Dr Mohd Nor Mamat, Ustaz Shamsul Debat, Shamsul Ghau Ghau, manakala moderator bersama dalam Saiful Apek dan Ismail Ibrahim.

Bicara halal ini adalah anjuran bersama Perpat Resort Agrofarm, Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif Malaysia (Pewangi), Masjid Kg Perepat dan Syria Care.

Ia berkonsep santai tetapi penuh dengan pengisian yang bermanfaat dan menekankan kehidupan yang berlandaskan halal serta keindahan mengamalkannya.

Sebelum forum ini bermula, pelancaran tabung Bantuan Musim Sejuk 6.0 Syria Care telah diadakan oleh Puan Nurdieana Mohd Mardzi, Pengurus Kanan bersama Khai Bahar dan Datin Nabilah Sanusi, Presiden PEWANGI. Tabung tersebut telah bergerak pada para penonton sepanjang forum berlangsung.

Penampilan istimewa artis terkenal tanah air turut menarik perhatian semua iaitu Khai Bahar dan Kid Search. Pertama kali digabungkan menampak keserasian yang jelas.

[huge_it_slider id=”472″]

Kongsi Artikel Ini