Farhatul Eid:Yateem TV: Agihan Baju Raya (28 Ramadan) Atmeh Idlib

Kempen Ramadan Al Khair 6.0 : Farhatul Eid : Yateem TV
🚩 28 Ramadan 1439H – 13 Jun 2018.

Pihak Yateem TV dari Thailand menyerahkan sebanyak RM15,000.00 kepada Syria Care untuk melaksanakan projek agihan baju raya untuk persediaan Syawal sempena Kempen Ramadan Al-Khair 6.0 di Syria.

Untuk makluman semua, Yateem TV sudah beberapa kali bekerjasama dan memberi kepercayaan kepada Syria Care untuk melakukan kerja-kerja kemanusiaan buat saudara kita di Syria.

Syawal kali ini lebih bermakna buat 118 anak yatim yang tinggal di Kem Atmeh, Pinggiran Utara Idlib dengan pengagihan baju raya buat mereka dengan kerjasama petugas NGO Sham Sherif.

Syria Care mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yateem TV atas kerjasama yang sangat bermanfaat ini. Semoga segala usaha murni ini akan diteruskan pada projek akan datang dan sentiasa diberkati oleh Allah.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”257″]

 

Kongsi Artikel Ini