DIBOM 30 JAM TANPA HENTI

methode_times_prod_web_bin_8decab6e-15a3-11e8-9d2e-0477b9927049
 
 Regim Bashar al Assad dan sekutunya melancarkan serangan 30 jam tanpa henti ke atas Timur Ghoutah.
 
Kenyataan itu dibuat sukarelawan White Helmets yang juga antara mereka yang menjadi sasaran pengeboman yang bermula lewat Isnin lalu.
 
Menurut pegawai akhbarnya, Siraq Mahmud, serangan berterusan itu menyebabkan tiada tempat yang selamat di kawasan berkenaan.
 
“Dalam tempoh 24 jam, lebih 100 telah terkorban dan ratusan yang lain cedera kerana pengeboman berterusan. Semuanya orang awam, mereka tidak bersalah, mengapa mereka diperlakukan sebegini,” katanya sebagaimana dipetik portal Midle East Eye.
 
Selain serangan udara tanpa henti, jumlah korbanyang tinggi juga disebabkan penggunaan pelbagai jenis bom di Timur termasuk bom berangkai.
 
“Kami telah menjadi sasaran pelbagai jenis senjata, pengeboman tanpa henti telah mensasarkan orang awam dan hospital. Tiada tempat untuk berlindung.” kata jurugambar Omran al-Doumani.
 
Pada Selasa sahaja Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), mengesahkan serangan sengit ke atas orang awam di kawasan yang terletak di pinggir Damsyik itu mengorban lebih 106 nyawa.
 
 

Kongsi Artikel Ini