Dana: ALAT PEMANAS

Alat Peamanas

Tahukah anda musim sejuk yang dirasai pelarian Syria sekarang bukanlah musim sejuk yang kita anggap biasa-biasa sahaja. Musim sejuk di sana mampu memberi ancaman kepada jantung dan lebih teruk, meragut nyawa.

Jika kita sendiri yang menghadapi situasi ini, sudah pastinya kita menyediakan persiapan serapi mungkin. Keadaan amat berbeza bagi mereka di sana. Mereka ini hanya tinggal di khemah-khemah nipis untuk berlindung dari cuaca sejuk yang ekstrim ini.

Khemah-khemah ini sudah pastinya tidak dapat menampung kesejukan yang mereka rasai. Mereka amat memerlukan haba dari sumber lain untuk menghangatkan tubuh mereka dan keluarga.

Kami di Syria Care sedang mengumpul dana untuk menyediakan alat pemanas (diesel / kayu api / briket zaitun) buat saudara-saudara kita di sana. Kami tidak minta banyak, cuma RM50 dari anda untuk bekalkan haba buat mereka.

RM50 yang anda sumbangkan pada hari ni tidak ternilai harganya buat mereka. Jangan berlengah lagi! Detik-detik kritikal sudah pun tiba. Kita tidak mahu sikap tidak ambil peduli kita menjadi asbab pelarian Syria terus menderita.

Anda boleh menyumbang melalui:

IKHLAS50 l SYRIA CARE :
🏧 Maybank: 562106653575 .
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
Bank ref : ALAT PEMANAS

atau klik sahaja pautan di bawah:

https://syriacare.org.my/sc-shop/alat-pemanas/

Kongsi Artikel Ini