Da’i Elyas dari Program Da’i Milenia Tampil Membantu Syria Care

11043087_769065006513673_8823183287600091581_n
Semakin ramai yang perihatin kepada isu di Syria dan mahu membantu menjayakan projek Food4Syria dan Milk4Syria yang dilancarkan di bawah Kempen Ramadan Al-Khair 3.Hari ini pihak Syria Care menerima kunjungan Da’i Elyas dari Da’i Milenia yang berjanji akan membantu sebaik mungkin untuk menjayakan projek ini.

Beliau yang baru sahaja tiba di rumahnya setelah menghadhiri program di Kelantan telah bertolak dari Kampar dengan keretapi untuk datang sendiri dan berbincang dengan pihak Syria Care mengenai ruang baginya menghulurkan bantuan. Insya Allah beliau akan dibantu oleh beberapa orang sahabat-sahabatnya dari program Da’i Milenia juga.
Barakallahu laka wa lahum.
Semoga Allah menerima amal baik ini sebagai pemberat penimbang di hari Akhirat nanti.

Kongsi Artikel Ini