Cacat segala-galanya…

9ECFE8BD-C9F6-4DFD-AAFC-87149486068A


Tubuhnya berselirat dengan wayar dan jika ditakdirkan panjang umur, bukan mudah untuk Yara Badawi tempuhinya.

Kanak-kanak yang berasal dari bandar Ariha, Idlib ini, kudung sebelah kaki selepas menjadi sasaran serangan udara yang dilancarkan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia ke atas kawasan itu pada minggu lalu.

Yara kini cacat dalam segala segi. Bukan sahaja fizikal, tetapi juga jiwa dan emosi.

Bayang apabila sedar kelak, dia akan mencari-cari mereka yang sentiasa bersamanya selama ini.

Tiada bisikan ibu atau bapa di sisi untuk mereda tangisan atau kesakitan yang ditanggung kerana kerana serangan itu telah membunuh ayahnya!!!.

Ibunya pula kini sedang bertarung dengan maut angkara akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan dan bertamadun.

Seandainya, ditakdirkan si ibu menuruti kematian ayahnya, siapakah yang akan mengambil alih tanggungjawab menjaga Yara nanti?.

Lebih sejuta kanak-kanak yang berlindung di utara Syria bakal menerima nasib yang sama seperti Yara kerana sehingga ke hari ini, tiada satupun usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk menghentikan pembunuhan yang sedang berlaku.

Gambar serta rakaman video mangsa hanya setakat menjadi tular di media sosial kerana pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang kemanusiaan masih ralit dengan isu.
Apakah belum lagi cukup bukti untuk menamatkan penyembelihan ini.?

Menurut Save the Children, sebuah pertubuhan sukarela, sejak 24 Jun 2019 hingga ke minggu lepas sekurang-kurangnya 33 kanak-kanak di Idlib telah terbunuh dalam serangan yang dilancarkan.

The Syrian Observatory for Human Rights, (SOHR) melaporkan sejak kempen besar-besaran bermula 26 April 2019, lebih 730 nyawa telah menjadi korban termasuk 157 kanak-kanak dan 111 wanita./ Foto Ahmed Rahhal

Razali Awang
Media Syria Care

(Caption : Umur Yara masih panjang kerana terselamat tetapi dia kini cacat dalam segala segi. Dia bukan sahaja kudung kaki, tetapi turut kehilangan ayah dalam serangan di Ariha pada minggu lalu.)

Kongsi Artikel Ini