Bom berkembar gegar Idlib

10

Sekurang-kurangnya 24 maut termasuk empat kanak-kanak dan lebih 85 lagi yang lain cedera dalam siri serangan bom di Al Qusour, Idlib.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), letupan pertama berpunca dari bom yang diletakkan di bawah sebuah kereta.

Manakala satu lagi bom yang dipasang di sebuah motorsikal diletupkan ketika ambulans dan orang ramai yang berada berhampiran tiba untuk menyelamat mangsa.

“Selepas orang kami tiba di tempat kejadian sebaik letupan pertama, satu lagi bom diletupkan di kawasan sama,” kata Pengarah White Helmets di Idlib, Mustafa Haj Yussef kepada Anadolu.Menurut Al Jazeera, sehingga kini tiada kumpulan mengaku mendalangi perbuatan.Ia juga mengesahkan, pejabat pentadbiran milik Hayat Tahrir Al Sham (HTS) di situ telah menjadi sasaran.HTS yang dikaitkan dengan Al Qaeda mendakwa sekurang-kurangnya empat anggotanya maut dalam letupan berkenaan.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini