Bergabung tentang Bashar

Untitled
Tiga kumpulan serpihan anti kerajaan setuju untuk bergabung bagi mengukuhkan penentangan ke atas Presiden Bashar al Assad di bahagian tengah Hama dan Idlib.
 
Menurut Anadolu, Syrian Liberation Front (SLF) dan Briged Suqour al Shams akan bersama dengan National Front for Liberation of Syria (NFLS) yang bersekutu dengan Free Syrian Army (FSA).
 
Lapornya, perkembangan itu digerakan atas matlamat bagi menyatukan kumpulan serpihan FSA dalam satu entiti.
Di bawah persefahaman yang disepakati, NLFS akan terus beroperasi di bawah Fadlallah al Haji.
 
Keputusan yang dibuat Rabu lalu menjadikan lebih 100,000 anggota berjuang di bawah satu kekuatan bagi menghadapi kemaraan tentera regim Bashar dan konco-konconya di wilayah berkenaan.
 
Dalam perkembangan berasingan, tiada petanda yang menunjukkan konflik di Syria akan reda.
Sepanjang Julai 2018, Seramai 886 orang awam disahkan terbunuh di seluruh negara.
 
Menurut laporan yang dikeluarkan Syrian Network for Human Rights (SNHR), antara yang menjadi korban termasuk 27 kanak-kanak dan 32 wanita.
Berdasarkan perangkaan yang diperolehi, secara purata seorang kanak-kanak terbunuh di negara itu pada setiap hari.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini