BERFUNGSI SEPERTI ZAMAN BATU

28055728_1943927859259111_6349458147020340975_n
Hospital dan pusat kemudahan rawatan di Timur Ghoutah tetap beroperasi dalam keadaan yang amat daif meskipun berdepan dengan risiko menjadi sasaran serangan bom tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia.
 
Petugas dan doktor mengakui kemusnahan yang dialami menyebabkan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka yang cedera dan sakit ibarat di zaman batu.
 
Menurut Dr Mohammed Salem, Penyelaras Jagaan Asas di Jabatan Kesihatan Damsyik berkata, kebanyakan peralatan yang ada telah dimusnahkan.
 
“Kami berada di ruang bawah tanah. Kami tiada peralatan atau bekalan elektrik,” katanya yang dipetik dari Middle East Eye.
 
Sementara rakan setugasnya yang dikenali sebagai Dr. Rida berkata, pasukan perubatan terpaksa berkhidmat dengan kapasiti penuh.
 
Dalam keadaan tertentu mereka terpaksa merawat 10 hingga 15 pesakit dalam satu-satu masa.
 
“Pada Selasa saya telah melakukan 10 pembedahan. Salah satu darinya saya terpaksa memotong kaki,” jelasnya.
 
Berdasarkan kecederaan yang dirawat, Dr. Rida membuat kesimpulan, regim dan sekutunya sengaja menjadikan orang awam sebagai sasaran dan taktik berkenaan digunakan untuk menghentikan kebangkitan rakyat.
 
Sejak serangan tanpa henti bermula lewat Isnin lalu, lebih 300 nyawa terkorban dan dari jumlah itu, lebih 60 kematian membabitkan kanak-kanak.
 
Lebih 1,400 lagi mengalami kecederaan.
 
Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan dalam operasi pengeboman yang dilancarkan semalam, lebih 24 maut.

Kongsi Artikel Ini