BASHAR BALAS DENDAM

ad_204331073
Tentera regim Presiden Bashar al Assad dilapor mempertingkat serangan udara di sekitar pinggir Harasta di luar Timur Ghoutah dalam usaha membebaskan rakan mereka yang dikepung kumpulan penentang kerajaan.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), kesemua mereka terperangkap di situ sejak beberapa hari lalu dan usaha sedang dipergiat untuk melepaskan askar kerajaan dari kepungan.
 
Pertempuran sengit dilaporkan berlaku pada malam Isnin lalu.
 
Dalam laporannya, SOHR mengesahkan sepanjang tiga hari lalu, pertempuran di Timur Ghoutah itu telah meragut nyawa 35 penduduk awam, 24 tentera kerajaan manakala 29 lagi kumpulan penentang Bashar.
 
Sementara itu dalam perkembangan lain, agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan Presiden Bashar melakukan beberapa rombakan menteri yang memegang portfolio penting.
 
Fahd Jassem al-Freij yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan sejak 2012 telah disingkir dan diganti Jeneral Ali Ayoub.
 
Rombakan yang sama turut membabitkan menteri penerangan dan industri.
 
Bagaimanapun dalam laporannya, SANA tidak menyatakan maklumat lanjut rombakan.
 
 
 

Kongsi Artikel Ini