BASHAR BAGI MASA 48 JAM

Whatsapp Image 2018 04 19 At 16.46.22

Kumpulan penentang anti kerajaan IS diberi masa 48 jam untuk bersetuju bagi keluar dari selatan Damsyik.

“Sekiranya mereka menolak, pasukan askar dan sokongan telah bersedia untuk melancarkan operasi bagi mengakhiri kedudukan mereka,” lapor surat khabar pro regim Bashar al Assad, Al Watan.

Kata dua itu diberikan pada Khamis.

Sejak Selasa lalu, tentera regim Bashar dan konco-konconya telah melancarkan serangan meriam ke atas kawasan berkenaan.

Kawasan yang terletak 8 kilometer dari Damsyik lebih kecil berbanding Timur Ghoutah dan ia dikenali kerana menempatkan kem pelarian Palestin terbesar sebelum konflik tercetus pada 2011, iaitu Kem Yarmouk.

Kongsi Artikel Ini