Bantuan Ummu Muhammad : Bantuan Bulanan (Jun 2019)

ummu muhammad

Bantuan bulanan untuk edisi Jun 2019 telah selamat disampaikan kepada Ummu Muhammad dan anak-anaknya.


Agihan dilaksanakan pada 22 Jun yang lalu.

Bantuan bulanan ini ditaja sepenuhnya hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care.

Alhamdulillah, dana bantuan inilah yang menyokong Ummu Muhammad meneruskan kehidupan dan membeli ubatan serta keperluan empat anak syurganya.

Syria Care sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu Ummu Muhammad.

Untuk makluman semua, tajaan yang terkumpul sebelum ini dapat menampung kos kehidupan mereka sekeluarga selama setahun. Namun, tempoh itu bakal tamat beberapa bulan lagi.

Sekiranya Syria Care membuka kembali tabung untuk keluarga istimewa ini, masih adakah yang sudi membantu mereka?

Kongsi Artikel Ini