Bantuan tidak berakhir di sini…

WhatsApp Image 2020-08-11 at 12.33.49 PM

Bantuan tidak berakhir di sini…

Tanpa ikhtiar dan usaha serta sokongan daripada orang ramai khususnya rakyat Malaysia, bantuan kecemasan roti yang digerakkan Syria Care pada Jun lepas kepada pelarian Syria di utara negara berkenaan tidak akan menjadi kenyataan.

Ia bukan bantuan biasa kerana ketika itu, kejatuhan mendadak matawangnya telah mencetuskan krisis bekalan makanan asas selepas matawang Syria merudum teruk di mana kadar tukarannya SL4,000 bersamaan USD1.

Kejatuhan itu menyebabkan roti dijual SL1,000 sebungkus.


Kadar kemiskinan negara itu yag mencecah 80 peratus manakala pengangguran pula melebihi 40 peratus menjadikan harga berkenaan di luar keupayaan pelarian Syria untuk membeli makanan ruji mereka.

Segalanya bermula selepas Amerika Syarikat menguatkuasa Akta Perlindungan Awam Caeser Syria atau Akta Caeser pada pertengahan tahun ini dalam usahanya membeku semua harta Presiden Bashar al Assad dan individu yang rapat dengannya sebagai salah satu usaha menghentikan konflik yang kini memasuki usia sedekad.

Malangnya tindakan berkenaan telah memberi impak besar kepada mereka yang tidak berdosa. Rakyat Syria kebuluran dan keadaannya begitu kritikal terutama di kawasan yang dikuasai kumpulan anti kerajaan di utara Syria.

Atas keperluan itu, Bantuan Kecemasan Roti telah digerakkan dengan sasaran mengagihkan 2 juta keping roti ke kawasan yang telah dikenalpasti rakan kerjasama Syria Care di sana.

Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan di mana RM182,703.90 telah berjaya dikumpul.

Dari jumlah itu, sebanyak 2,012,560 keping atau 201,256 pek roti telah diagihkan di 71 buah kem dalam tempoh 25 hari.

Keprihatinan anda semua telah menyelamatkan nyawa mereka. Namun usaha kemanusiaan ini tidak bernoktah setakat ini.

Setiap hari ada sahaja cabaran dan keperluan mereka yang perlu kita bantu.

Sebelum ketibaan musim sejuk yang diramal Oktober ini, Syria Care berusaha untuk menyiapkan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Kampung Malaysia di Al Bardaqli, Atma.

Setakat ini, lebih 220 dari 292 unit rumah telah mendapat pewakaf.

Ekoran kesuntukan masa, kini kami sedang menggandakan ikhtiar bagi membolehkan baki unit yang tinggal dapat diwakaf secepat mungkin.

Hanya RM30 bagi setiap lot wakaf dan RM7,590,00 kepada mereka yang ingin mewakafkan sebuah rumah yang berukuran 506 kaki persegi.

Bagi maklumat lanjut sila tekan pautan ini 👇🏻 https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/

Atau terus ke akaun Syria Care:
▪ Maybank Islamic: 562106653575
▪ CIMB Islamic: 8601894560
▪ Bank Islam: 12038010137755
▪ RHB Bank: 26225000021775
▪ Affin Islamic Bank: 105990040004
▪ Bank Mualamat: 12020003634715

Rujukan : WAKAF

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini