Bantuan Musim Sejuk 6.0 : Baiki 14 rumah di Afrin, Syria

IMG_9698

Baiki 14 rumah keluarga susah di Afrin – Syria

November 2018

Projek : Baiki rumah

Beberapa buah rumah saudara kita di sekitar Afrin telah dikesan memerlukan sedikit kerja baik pulih akibat keadaan rumah yang sangat daif.

Kerja-kerja pembaikan dijalankan terhadap 14 buah rumah yang terpilih. Ada diantaranya dipasangkan pintu, tingkat, aluminium (untuk mengelakkan dinding menyerap air) dan juga binaan dinding. Semuanya mengikut keperluan rumah tersebut.

Paling utama, semua kerja penambaikan ini menggunakan hasil sumbangan dan infaq yang telah disalurkan oleh para penderma samada dari Malaysia, Singapura, Brunei mahupun Indonesia.

Jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan anda. Semoga Allah merahmatinya.

Rumah-rumah ini terletak di sekitar Al Asyrafiah, Al Mahmoudiyah, Old Afrin – Afrin – Aleppo

Jutaan terima kasih kepada rakan kerjasama Syria Care di lokasi kejadian iaitu petugas NGO Emaarusham kerana telah bertungkus lumus melaksanakan amanah rakyat Malaysia ini.

[huge_it_slider id=”510″]

———————

Tabung Bantuan Musim Sejuk masih lagi dibuka selagi mana musim sejuk belum berakhir di sana. Banyak lagi bantuan akan diagihkan kepada rakyat Syria.

Teruskan menyumbang..

Akaun bank Syria Care:
📍 Maybank: 562106653575
📍 CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:
https://syriacare.org.my/donate/

Ref : MUSIM SEJUK

Kongsi Artikel Ini