Bantuan Musim Sejuk 5.0 : Penyediaan Kayu Api di Selatan Damsyik

2

Alhamdulillah!

Kayu api sudah tersedia di Selatan Damsyik dan bakal diagihkan kepada penduduk awam di kawasan tersebut.

Dapatkah anda bayangkan betapa besarnya kesan sumbangan anda kepada mereka?

Walaupun mungkin jumlahnya sedikit tetapi sumbangan anda sebenarnya memberi harapan kepada mereka untuk tetap teruskan kehidupan pada hari mendatang kerana masih ada insan-insan di luar sana yang prihatin terhadap mereka.

= = = = =

Untuk makluman semua, kayu api ini dapat dibeli hasil sumbangan rakyat Malaysia sepenuhnya melalui kempen Bantuan Musim Sejuk 5.0 yang telah dijalankan oleh Syria Care.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang ikhlas memberi bantuan kepada saudara-saudara kita mengharungi musim sejuk di dalam Syria. T

idak dilupakan juga, petugas-petugas rakan NGO Ulfah Human Relief di Selatan Damsyik yang bertungkus-lumus menyediakan kayu api ini dari siang hingga ke malam.

Semoga Allah memberkati semua yang terlibat dalam penyediaan kayu api ini.

Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care dengan menyumbang untuk penghantaran Januari minggu hadapan.

#syrianchildren #SyriaCare #SyriaCareforhumanity #kitaperihatin #kitamembantu #IniBukanKerjaMainmain #RM20forhumanity #CIMB8601894560 #Maybank562106653575

[huge_it_slider id=”103″]

Kongsi Artikel Ini