BANTUAN KECEMASAN SUSU BAYI TIMUR GHOUTA DIAGIHKAN

0002

Timur Ghoutah : Susu bayi sudah tiba! Allahu Akbar! Susu formula sudah mula diagih kepada bayi-bayi Timur Ghoutah.

Ya!

Pek-pek susu ini adalah hasil sumbangan anda semua melalui Bantuan Kecemasan Susu Bayi Timur Ghoutah baru-baru ini.

Foto yang kami baru terima ini menunjukkan para petugas sedang mengagihkan susu sehingga ke ruangan bawah tanah bagi menjejaki bayi-bayi yang berlindung di sana.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama menjayakan bantuan kecemasan ini.

Semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Terima kasih juga kepada petugas NGO di sana iaitu Emaar AlSham.

Walaupun terpaksa menempuh segala kesulitan dan bahaya untuk mengagihkan bantuan di sana namun, kerja-kerja kemanusiaan ini tetap juga diteruskan.

#bantuankecemasanbayidanibumenyusughoutah #saveGhouta #tabungkemanusiaanSyriacare

[huge_it_slider id=”152″]

Kongsi Artikel Ini