Bantuan Kecemasan Banjir Di Terengganu

Banjir terengganu

Alhamdulillah, sumbangan yang anda hulurkan untuk tabung Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir melalui Syria Care bagi membantu meringankan beban mangsa banjir dengan kerjasama Yayasan EZ Prihatin telah selesai diagihkan menerusi Kotak Kita Kongsi Pasca Banjir buat para pelajar yang terkesan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Penerima manfaat adalah seramai 100 orang dibawah seliaan Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus, Kolej Kediaman Luar Kampus UMT. Barangan yang diagihkan adalah pek retort mengandungi enam pek nasi serta dua pek lauk, mi segera, biskut bergula, air kotak dan lima pek segera Indocafe.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang prihatin terhadap nasib saudara kita ketika bencana banjir melanda.

Bersama Syria Care, kita bantu!

Kongsi Artikel Ini