Bantuan Kecemasan Banjir yang digerakkan oleh Syria Care bagi membantu meringankan beban mangsa banjir dengan kerjasama Yayasan EZ Prihatin kini telah tiba di Sabah.
Butiran bantuan yang disampaikan adalah seperti berikut:-
Agihan: Keperluan dapur (bahan kering) dan air bersih
Jumlah penerima manfaat: 50 buah keluarga
Di samping itu, rakan kerjasama kami turut membuat pembelian waterjet, kasut boot getah, berus, sabun, sarung tangan dan penarik air bagi kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa banjir di sana.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir.
Bersama Syria Care, kita bantu!