ARL POWERBOWL CAKNA ISU SYRIA

UW3A8633

ARL Powerbowl mengambil inisiatif menganjurkan Syria Care Charity Bowl yang diadakan pada 2 Mei 2018 sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk membantu rakyat Syria.

“Usaha ini diambil kerana pihak kami khuatir dengan rakyat Syria yang tidak mempunyai bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan terutamanya menjelang ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi”,ujar Ketua Operasi ARL Powerbowl, Maslinda Mansor.

Tambahnya lagi, setiap pendaftaran akan disalurkan ke Tabung Tajaan Iftar & Sahur sempena Kempen Ramadan Al-Khair 6 Syria Care yang mana tabung ini sedang giat digerakkan ketika ini. Selain itu, menurut salah seorang peserta kejohanan Syed Alauwi Syed Mohamed, selepas melihat segala paparan gambar kanak-kanak Syria yang disiarkan oleh Syria Care beliau tampil untuk menghulurkan bantuan melalui penyertaannya serta merasakan usaha murni ini patut diteruskan pada masa akan datang kerana para peserta boleh mengasah bakat dan masa yang sama menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Syria.

Syria Care amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama untuk mengadakan program dalam menyantuni rakyat Syria dan ianya boleh dilakukan dengan menghubungi Pengurus Projek Syria Care iaitu Cik Zana di talian, +601111362567 untuk maklumat lanjut.

[huge_it_slider id=”169″]

Kongsi Artikel Ini