Anak pelarian Syria ajak ‘selfie’

travelog misi 16 2

Bila diajak selfie dengan anak pelarian Syria di Arsal, Lubnan masakan Omma dapat menolak.

Ketika tiba untuk agihan diesel di kem mereka, anak-anak di sini yang memang dah kenali Omma keluar mengerumuni. Semua berebut untuk pegang tangan dan berpeluk sehingga sukar untuk bergerak.

‘Ummu Muaz’ begitu panggilan mereka kepada Omma. Lebih dekat dan mesra.

Ada yang sampai menggigil kesejukan tetapi tetap juga menemani Omma dan tim. Malah jemputan minum teh di khemah mereka bertubi-tubi kami terima.

“Kami selesaikan kerja dahulu ya?”

Begitu Omma memberitahu mereka.

Mereka semua bersyukur kerana masih ada yang mengingati mereka. Namun masih ramai yang lain berharap mereka juga menerima habuan sama.

Sudikah anda menjadi penyelamat mereka?

Tabung ‘Winter Aid Palestine, Syria & Lebanon’:-
▪️ Maybank Islamic: 562106653575
▪️ CIMB Islamic: 8601894560
Rujukan: WinterAid

❄️ www.syriacare.org.my/winteraid

Bersama Syria Care, kita bantu.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki a.k.a Omma Sakinah
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 16.0
Sabtu, 27 Januari 2024
Kem Ra’sussin, Arsal, Lubnan

#travelogmisi #travelogmisikemanusiaansyriacare #iamahumanitarianworker #misikemanusiaansyriacare16 #syriacare #winteraid #warmtheirwinter #winter #bumisyam #syria

Kongsi Artikel Ini